CARI

HOME

Sabtu, 26 Februari 2011

Sakit adalah Ujian Allah

Sakit adalah ujian
Manusia bertindak berdasarkan bentuk kepercayaan yang ‎dipegang. Nilai kepercayaan dalam diri itu akan melahirkan bentuk ‎pemikiran dan menentukan cara pandang kita terhadap sesuatu.‎

‎“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, ‎atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun ‎kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus ‎kepada dosanya “‎
‎(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)‎
Maha PengasihNya Allah s.w.t.‎
Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada hikmah di ‎sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah ‎s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah ‎dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.‎
Pancaran ketenangan pada wajah pesakit tadi adalah refleksi dari ‎ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk ‎kepercayaan yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah ‎suatu ujian, pesakit tadi berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. ‎Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.‎
Mudahnya Islam
Ketika sakit, sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah s.w.t ‎semata-mata dan solat menjadi medan manifestasi untuk ‎meluahkan rasa pengharapan itu. Itulah juga hikmahnya Allah ‎s.w.t menuntut setiap umatnya untuk terus melaksanakan solat ‎walaupun ketika sakit. Mudahnya Islam, dalam melaksanakan ‎ketaatan itu, tetap ada kompromi untuk tidak menyusahkan ‎umatnya. Andai tidak mampu berdiri, boleh duduk. Tidak mampu ‎duduk, boleh dengan berbaring dan kalau tidak mampu juga, cukup ‎dengan isyarat mata. taat." (mereka berdoa): "Ampunilah Kami ‎Ya Tuhan Kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."‎
‏ ‏‏ ‏‏ ‏‏ ‏‏ ‏‏ ‏‏ ‏
‎“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan ‎kesanggupannya” (Al-Baqarah:286)‎
Di dalam surah al-Mulk, Allah menyatakan bahwa Dia ‎menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di ‎kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia ‎menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk ‎musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk ‎kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh ‎kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di balik musbah itu ada ‎hikmah yang sangat besar.‎
Nabi bersabda :‎
‎-‎إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ‎ ‎اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا‎ ‎وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ ‏السَّخَطُ
‎ : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ‎ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap ‎kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum ‎lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha ‎maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka ‎akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul ‎Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)Mukmin Tulen Sentiasa ‎Tabah ‎
Ciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-‎
عَجَبًا لأَمْرِ‎ ‎الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ‎ ‎إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا‎ ‎لَهُ وَإِنْ ‏أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Artinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan ‎yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu ‎kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi ‎kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar ‎dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat ‎Muslim)‎
Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada ‎musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita ‎melafazkan, sabarlah. ‎
How ever, the real test comes when we ourselves are facing such ‎time of trial. ‎
Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand arti sabar ‎yang sebenarnya.Musibah dalam pelbagai bentuk sama ada ‎kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan ‎sebagainya. Apa arti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh ‎memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda ‎menunjukkan bahwa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ‎ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah ‎diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan ‎orang lain agar bersabar.‎
Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan ‎seseorang dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang ‎terjadi, baik yang disenanginya maupun yang dibencinya.” Abu Ali ‎Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah
keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana ‎itu.” Dan Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi ‎jiwa yang terjadi karena dorongan ajaran agama dalam ‎mengendalikan hawa nafsu.”‎
Dengan demikian, sabar dapat bererti kosisten ‎dalam melaksanakan semua perintah Allah dalam segala keadaan. ‎Berani menghadapi kesulitan dan tabah dalam menghadapi cobaan ‎selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan.
Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, ‎sikap, dan emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal ‎mengendalikan nafsunya, maka sikap/sifat sabar akan tercipta.‎
Selanjutnya, sabar juga bererti teguh hati tanpa mengeluh, saat ‎ditimpa bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut ‎pengertian Islam ialah rela menerima sesuatu yang tidak disenangi ‎dengan rasa ikhlas serta
berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara ‎umum sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia ‎menguasai sifat destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. ‎Jadi, sabar itu
mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan menerima ‎begitu saja.‎
Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala ‎menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak ‎gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah ‎pendirian. Tak ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun ‎tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.‎
Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak ‎kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai ‎hawa nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa ‎nafsu itu supaya jangan sampai
merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya ‎diperlengkapi dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh ‎sebab itu ia tidak mampu bersikap sabar. Malaikat juga tidak ‎memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki
hawa nafsu.‎
Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran ‎insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai ‎tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ‎ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) ‎bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin ‎Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ‎ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah ‎mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba ‎Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah ‎di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata ‎mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir ‎sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu ‎tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.‎
‎ Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan ‎sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu ‎mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam ‎kehidupan di saat musibah melanda.‎
Wallahu ‘a’lam
UJIAN SAKIT ‎




Buat renungan kita bersama,InsyaAllah.‎

Ada orang bilang, ketika sakit barulah kita tahu akan nikmat sehat. Bila kita ‎kesempitan barulah kita menyadari akan nikmat keluasan masa yang ada. Bila ‎kita sendiri, ketika itu baru disadari akan nikmat hidup berteman.‎
Saudara, kadang kala kita jarang terfikirkan tentang nikmat yang diberi oleh ‎Allah swt kepada kita. Kita sering lupa dan alpa dengan bermacam nikmat yang ‎dikurniakan tatkala ingin mengejar kemewahan dunia semata. Dalam Islam, kita ‎tidak disuruh untuk meninggalkan atau melupakan dunia seperti mana firman ‎Allah yang bermaksud:‎

‎“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ‎Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan ‎berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik ‎kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah ‎tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.”‎
‎(surah Al-Qasas 28:77)‎

Jelaslah saudara, dunia perlu dicari dan akhirat pun perlu dicari. Mencari dunia ‎bukan untuk melupakan akhirat dan mencari akhirat bukan bermakna ‎melupakan dunia. Yang perlu kita fahami ialah bukan persoalan dunia yang ‎menjadi masalah tetapi soal dosa.‎

Apabila kita gagal menghubungkan kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat, ‎maka di situlah menjadi puncak segala kerusakan dan kebobrokan. Manusia yang ‎hidup tanpa panduan akan hidup sesuka hati dia tanpa mempedulikan soal dosa ‎dan pahala. Seolah-olahnya kehidupan di dunia ini adalah segalanya.‎
Kalau dia nak bunuh orang, dia akan upah untuk membunuh. Kalau dia syok ‎mengumpat dan fitnah orang, habis semua orang jadi mangsa. Banyak lagilah ‎perangai manusia yang tak sadar diri karena lupa bahwa segala yang ‎dilakukannya sepanjang hidup bakal dihitung oleh Allah di akhirat nanti. Firman ‎Allah yang bermaksud:‎

‎“Pada hari ini, kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata kepada ‎kami, dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu ‎mereka kerjakan.”‎
‎(surah Yasin 36: 65)‎

Berbalik kepada isu nikmat tadi, ternyata Allah taala itu Maha Pemurah dan ‎Maha Penyayang kerana terus menerus mengurniakan pelbagai macam nikmat ‎sama ada kita sadar maupun tidak. Tetapi, ada kalanya Allah taala menarik ‎sedikit nikmat tersebut sebagai contoh dengan memberikan kita sakit seketika.‎

Kesakitan itu bukan bermakna Allah taala membenci kita, sebaliknya sakit itu ‎sebenarnya adalah sebagai satu ujian bagi membuka pikiran dan hati kita untuk ‎mengkoreksi diri dan seterusnya menginsafi bertapa kerdilnya kita di dunia ini.‎
Ingatlah saudara, kalau sakit itu adalah ujian untuk membawa kita kepada arti ‎kesabaran dan keinsafan maka, nikmat pula adalah ujian untuk mengajak kita ke ‎arah makna kesyukuran dan ketundukan.‎

Tidak ada komentar: